Masa Untuk Melangkah

Dua minggu lepas dah kemas-kemas rumah. Ingat nak buat family room kat basement. Stor pun dikemas dan barang-barang disusun secantiknya. Memang dah redha dan set dalam fikiran yang tahun ni memang tak dapat balik. Dah tetapkan dalam hati yang pihak pengurusan akan panggil balik apabila cukup tempoh 3 tahun pada Julai 2016. Memang dah berserah sepenuhnya dan redha seadanya. Bukan main penat mengemas rasa nak patah badan.

Tanpa disangka-sangka, pada 11 November 2015 saya terima surat pertukaran untuk kembali bertugas semula ke Kementerian. Tarikh melapor diri ialah pada minggu pertama Januari 2016. Sekaligus rekod terbaru dicipta iaitu pegawai yang paling singkat berkhidmat di Ottawa iaitu hanya 2 tahun 6 bulan. Pegawai-pegawai sebelum ini semuanya melebihi 5 tahun dan ada yang cecah 6 tahun. Itu rezeki dan kehidupan yang ditentukan oleh Allah SWT. Mereka juga memilih perjalanan hidup mereka sendiri.

Terkedu jugak pada mulanya. Tanpa sedar terus whatps orang rumah. Bukan main seronok. Antara insan yang paling gembira ialah mak dan bapak terutamanya ibu mertuaku. Kami rahsiakan sehinggalah diumumkan kepada sahabat-sahabat yang dah macam adik-beradik ni di rumah salah seorang sahabat. Perasaan masing-masing bercampur-baur. Anak-anak memang tidak gembira dengan berita ni. Walaupun mereka kecik lagi tapi faham dah apa yang berlaku. Tapi keputusan yang dibuat ni pun demi masa depan anak-anak terutamanya didikan agama. Bukan bermaksud di Kanada ni tak bagus tapi suasana dan kemudahan tu lebih mudah di Malaysia. Biarlah anak-anak sedih sekarang asalkan mereka dan diri saya sendiri tidak menyesal di kemudian hari.

Apa lagi, segala persiapan pun dibuat segera. Tiket dan kontena pun dah lulus tinggal nak buat packing dan beli tiket je lagi. Saya pun makin bersemangat buat study tentang perancangan yang nak dibuat. Bagi saya langkah telah bermula. Selepas saya dan isteri melapor diri nanti, kami perlu selesaikan persekolahan anak-anak. Rancangannya, nak hantar anak-anak ke sekolah islam dan tahfiz swasta. Kami nampak itulah kaedah yang terbaik jika nakkan anak-anak belajar pendidikan agama dengan lebih cepat. Memang semuanya bergantung pada anak-anak tapi suasana pembelajaran dirasakan lebih membantu. Memang mahal sekolah tu tapi saya yakinkan diri bahawa duit boleh dicari tapi ilmu serta masa depan anak-anak itu lebih penting. Memang itulah matlamat utama saya mintak balik Malaysia.

Langkah seterusnya, selesai ja urusan ketibaan barang-barang tu nanti, saya akan menguruskan permohonan pertukaran ke Kementerian atau agensi kerajaan yang lain. Sambil-sambil tu nak jumpa orang-orang yang dah berjaya dalam perniagaan nak tuntut ilmu dari mereka. Apabila dah settle down di Kementerian/agensi lain, saya akan mulakan perniagaan yang dah ditetapkan. Pada permulaannya nak buat secara freelance atau part time terlebih dahulu. Nak rasa dunia perniagaan tu macamana. Dalam masa yang sama saya teruskan juga usaha untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta, GLC, badan berkanun yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya minat. Dapat atau tidak saya tak kisah kerana saya masih ada pekerjaan dan buat perniagaan (seperti yang dirancang).

Perkara yang paling penting ialah saya dah mula melangkah. Makin galak membaca impian dan perancangan yang ditulis supaya diri saya sentiasa fokus dan tidak luntur semangat. Ujian sekeliling dah mula terasa. Kalau tidak fokus dan tidak kuatkan semangat boleh jadi tergendala perancangan nanti. Seperti yang berlaku di sekitar tahun 2011-2013 apabila saya terlalu memikirkan kata-kata orang lain dan terlalu banyak membuat pertimbangan dan terlalu lambat membuat keputusan. Akhirnya, saya terpaksa menurut arahan pihak pengurusan untuk bertugas di Kanada. Namun ini semua adalah ketentuan Allah SWT. Jika tidak bertugas di Kanada, saya tidak akan bertemu dan bersahabat dengan rakan-rakan yang hebat tidak kira mereka masih pelajar atau memang dah menetap di sini berpuluh-puluh tahun. Jika tidak bertugas di sini, saya juga tidak bekerja dengan staf yang hebat dan berkeyakinan tinggi. Terlalu banyak perkara, pengalaman dan ilmu yang saya belajar dari mereka semua.

Langkah telah dimulakan. Fokus pada apa yang dirancang. Kuatkan hati dan semangat. Buangkan segala keraguan. Banyakkan berdoa dan mohon petunjuk daripada Allah SWT. Setiap hari setiap masa terus yakinkan diri bahawa rezeki Allah SWT itu luas dan ada di mana-mana asalkan ada usaha dan terus mencari Insyaallah akan dapat hasilnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s