Pilihan Hidup Kita Sendiri Yang Menentukan

Pemandu di pejabat tempat saya berkhidmat sekarang pernah menceritakan mengenai pemilik restoran halal iaitu restoran Shafali dan Moghout yang memiliki beberapa cawangan di Ottawa Kanada ini. Kedua-duanya merupakan sahabat karib kepada salah seorang kerani di pejabat saya. Kerani tersebut bersama-sama pemilik restoran Shafali dan moghout telah berhijrah dari Bangladesh ke Ottawa sekitar 30 tahun yang lepas dengan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih baik. Ketiga-tiga sahabat ini tinggal serumah. Setelah beberaoa tahun berkelana mencari rezeki di negara orang dan mendapat kerakyatan Kanada, ketiga-tiga sahabat ini telah memilih jalan hidup masing-masing. Seorang memilih untuk membuka restoran yang dinamakan Shafali dan seorang lagi turut memilih jalan hidup dengan membuka restoran yang dinamakan Moghout. Manakala, seorang lagi memutuskan untuk bekerja makan gaji dan berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai penghantar surat di pejabat ini.

Restoran Shafali dan Moghout merupakan salah satu restoran halal yang menyediakan masakan india, bangladesh dan Sri Lanka yang dikenali ramai. Mereka berdua bukan sahaja telah berjaya mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik malahan bahkan mencapai taraf jutawan memandangkan restoran mereka bukan sahaja diminati ramai bahkan mempunyai beberapa cawangan. Dengan keberanian, keyakinan dan fokus, kedua-dua mereka telah berjaya mencapai impian sebagaimana yang dirancang dan dipilih. Mereka telah memilih dan menetapkan jalan hidup yang dikehendaki dan telah berjaya mengecapinya.

Seorang lagi sahabat mereka juga turut berjaya sebagai pekerja makan gaji. Setelah 28 tahun, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai kerani di pejabat ini. Pada pemerhatian saya, beliau cukup berpuas hati dengan apa yang diperolehi sekarang kerana mampu memiliki rumah dan kenderaan sendiri. Mungkin bagi beliau, inilah jalan kehidupan yang terbaik yang dipilih. Beliau boleh dikatakan berjaya kerana dapat naik pangkat. makan minum cukup, ada rumah dan kereta serta bekerja di pejabat yang baik dan paling penting masa depan terjamin.

Ketiga-tiga sahabat ini telah berjaya dalam pilihan hidup masing-masing. Tiada yang merempat atau menjadi homeless. Namun ada perbezaan yang cukup ketara. Kedua-dua pemilik restoran berjaya menjadi big boss, pendapatan dari perniagaan yang lebih lumayan, ada ramai pekerja, kerjaya lebih bebas dan mampu menjana hasil yang lebih tinggi apabila perniagaan dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Sebut sahaja nama kedua-dua restoran ni boleh dikatakan semua orang tau.

Manakala, kerani di pejabat saya ni tetap bekerja makan gaji. Sehebat mana pun beliau, dia tetap seorang pekerja dan perlu mengikut segala arahan big boss nya. Berpuluh tahun makan gaji, hasil yang diperolehi masih tidak banyak berubah malahan jauh lebih rendah daripada dua orang sahabat yang bekerja sendiri. Menyedari hakikat itu, beliau pernah beberapakali cuba berniaga sendiri namun selalu gagal.

Mengapa dua pemilik restoran tersebut lebih berjaya? Kerana, kedua-dua mereka yakin, fokus, berusaha bersungguh-sungguh serta berserah kepada Allah SWT dengan jalan hidup yang dipilih. Terbukti, kejayaan yang diperolehi amatlah besar dan mampu bertahan sehingga kini.

Berbanding dengan kerani di pejabat saya ni, beliau hanya mampu berjaya sebagai pekerja makan gaji kerana yakin dan fokus dalam memilih kerjaya ini. Maka, beliau terus bekerja makan gaji sampai bila-bila. Kegagalan yang pernah dilalui semasa berniaga sambilan membuktikan beliau tidak yakin, tidak pernah fokus dan tidak mahu keluar daripada zon selesa yang dimilikinya. Dah beratus-ratus pegawai bertukar, datang dan pergi namun kerani tersebut masih seorang kerani di pejabat ini. Kerana, dia sendiri yang pilih jalan hidup sebegini.

Bukan bermaksud saya menghina dan merendah-rendahkan kerani tu kerana saya sendiri pun masih bekerja makan gaji. Saya ingin menjelaskan bahawa jika kita yakin dan berani membuat pilihan hidup kita Insyaallah kejayaan itu akan hadir. Itulah juga yang sedang saya rancangkan sekarang iaitu pada suatu hari nanti, saya ingin memiliki perniagaan sendiri. Cerita tiga sahabat ini telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perancangan yang telah dirangka. Langkah pertama telah dilakukan dan masih menunggu langkah seterusnya. Bukan bererti makan gaji itu tidak bagus namun saya inginkan lebih baik daripada itu iaitu bersara awal dan menjadi big boss. Saya tidak mahu menjadi kuli seumur hidup saya. Bayangkan betapa susahnya untuk membuat langkah pertama hanya disebabkan saya bekerja makan gaji. Tidak boleh dibayangkan bagaimana untuk meneruskan kerjaya makan gaji ini selamanya kerana segalanya bergantung dan terikat dengan pihak atasan. Saya tidak mampu untuk membuat keputusan saya sendiri hanya kerana saya seorang kuli. Sebab itulah saya berusaha untuk keluar dari zon selesa ini.

Saya kata pada pemandu tu, kamu pilih sekarang sama ada hendak menjadi pemilik restoran Shafali, pemilik restoran Moghout atau menjadi seperti kerani itu. Pemandu tu terdiam dan hanya mampu tersenyum sumbing. Jelaslah bahawa, tiada siapa yang boleh menentukan kehidupan atau masa depan kita melainkan kita sendiri. Memang benar bahawa rezeki itu ketentuan Allah SWT, tetapi kita kena ingat juga bahawa Allah SWT menyuruh hamba-Nya berusaha untuk mendapat rezeki yang lebih baik. Jika kita nakkan sesuatu yang lebih baik, usahakanlah bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah SWT. Insyaallah, kita akan berjaya memiliki apa yang kita nakkan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s