Tangan Panas

Tangan panas yang saya maksudkan ialah tangan yang tak boleh pegang duit tunai. Pantang ada duit mesti habis. Kalo ada RM10,000.00 pun senang-senang ja boleh habis bila-bila masa sahaja. Apatah lagi setakat RM100-200.00 sehari boleh habis silap-silap dalam masa kurang 1 jam pun boleh habis. Itu lah yang saya maksudnya sebagai “tangan panas”.

Semalam, saya berborak dengan rakan sekerja berbangsa Filipina (PR Kanada). Kagum dengan sikap dan semangatnya yang berani datang ke Kanada semata-mata untuk mencari rezeki yang lebih baik berbanding di negara asal mereka. Sejak beberapa tahun tinggal di Kanada, beliau dan isteri mampu membeli sebuah rumah dan memiliki 2 buah kenderaan hasil kerja keras mereka dan membuat simpanan pendidikan untuk anak-anak. Selain bekerja tetap, beliau juga melakukan beberapa kerja sampingan seperti maintenance, pembaikan, plumbing dan setiap hujung minggu menawarkan perkhidmatan uber. Beliau memberitahu, pendapatan daripada perkhidmatan uber ini sahaja minimum CAD300.00 (RM987.24) untuk setiap hujung minggu. Itu minimum biasanya lebih katanya. Kalo dicampur dengan gaji tetap dan kerja sampingan lain memang banyak tetapi seringkali beliau berfikir kemana duit tu semua. Sekelip mata boleh habis camtu ja. Adakalanya sakit kepala kalau difikirkan. Hasil banyak tapi tak nampak. Saya kata dia, ko ni mesti sama macam aku “tangan panas”.

Saya bagi tau dia yang saya pun sama ada masalah “tangan panas”. Saya bagi tau dia yang saya sedang berusaha untuk mengatasi masalah “tangan panas”. Agak sukar permulaannya tapi bila dah mula buat kita akan rasa yakin dan ingin teruskannya tanpa menoleh ke belakang lagi. Untuk yakinkan dia, saya sebut kata-kata di bawah:

Pay yourself first ~ Ben Franklin 

David Chilton – The Wealthy Barber: Save first spend the rest, good. Spend first save the rest, bad.

Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menukarkan simpanan tunai kepada simpanan emas. Jika di Kanada ni, saya sarankan beliau untuk membeli gold bar atau maple leaf gold coin di Scotiabank. Saya pun baru ja tau kalaulah saya tahu lebih awal sejak 2 tahun yang lepas Insyaallah, mungkin banyak dah saya dapat selamat wang tunai saya daripada kebocoran. Takpalah mungkin bukan rezeki tapi bila dah tau ni saya keringkan hati untuk tukarkan simpanan tunai kepada gold bar. Setakat ni Alhamdulillah, memang berkesan. Saya sarankan beliau untuk membeli gold bar atau gold coin dengan menggunakan hasil perkhidmatan uber atau kerja sampingan. Kalau nak simpan duit tunai memang tak boleh langsung, memang ini lah caranya. Ini pengalaman saya sendiri dan bagi saya memang mujarab.

                                                                           

Saya cadangkan kepada beliau, jika tak mampu beli yang besar boleh beli yang kecik paling kurang bersaiz 1/10oz (3.116 gram) dengan harga sekitar CAD165.00 sahaja. Dengan hasil perkhidmatan uber tu saja dah boleh beli lebih daripada tu. Kalau lah dah memang susah sangat, boleh beli silver bar bersaiz 1oz (31.16 gram) dengan harga sekitar CAD25.00 ja takkan tak boleh. Nak tak nak memang kena tetapkan hati kalau tidak sampai bila-bila pun kita akan tetap mengidap penyakit “tangan panas”. Banyak mana pun pendapat/hasil yang kita perolehi, tidak akan maknanya jika kita tidak mampu untuk menyimpan walaupun setakat satu dollar. Saya jelaskan juga secara ringkas apakah faedah menyimpan emas berbanding wang tunai serta perbandingan nilai atau value kata orang putih di antara wang tunai dan emas. Bukan bermaksud tidak perlu mempunyai tabungan wang tunai. Itu perlu untuk keperluan dan kecemasan. Simpanan emas ni untuk jangka panjang dan paling penting sebagai ubat penyakit “tangan panas”. Para pakar sering menekankan bahawa memiliki wang atau berduit bukan diukur pada banyak mana wang/hasil yang kita perolehi. Kekayaan atau berduit ini sebenarnya dinilai daripada banyak mana wang/hasil yang kita simpan.

Sedikit sebanyak rakan sekerja saya ni faham dengan apa yang hendak saya sampaikan. Saya kata kat dia yang saya ni pun baru ja tau dan sama-sama lah kita berusaha sedikit demi sedikit. Hasil perbincangan tersebut, rakan sekerja saya ni berniat dan bertekad untuk menukarkan simpanan wang tunai kepada simpanan emas. Wajah beliau menggambarkan suatu kelegaan dan begitu bersemangat. Mungkin dia dah mula nampak jalan penyelesaian. Mungkin juga beliau dah mula tahu bagaimana untuk menyelamatkan duit hasil perkhidmatan uber serta pendapatan sampingannya. Mesti beliau dah boleh nampak bagaimana nak menggunakan simpanan itu nanti untuk mendapatkan aset yang boleh menjana pendapat pasif dan dalam masa yang sama nilanya turut bertambah.

Saya juga makin bertambah semangat dan akan terus berusaha dengan lebih gigih apatah lagi bila mengingatkan jumlah hutang yang banyak. Makinlah saya bertekad untuk menyimpan sebanyak mungkin dan menguatkan tekad untuk bebas hutang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s