Tunggu Punya Tunggu…

Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu masih juga belum muncul. Berapa lama lagi nak tunggu dah bunyi dialog filem P Ramlee la pulak. Wallahualam. Dah dapat surat pertukaran pada bulan Julai tapi dibatalkan kerana pengganti tak mau datang. Katanya ditunda Ogos. Apabila diluluskan untuk balik bercuti di Malaysia, ditunda lagi ke November pulak. Ini dah November tapi yang ditunggu masih tak dapat-dapat. Sampai bila nak menunggu entahlah.

... Orang Ini Meninggal Oleh Benda yang <b>Jatuh</b> dari Langit - Wow Menariknya

Takut nanti, tunggu punya tunggu akhirnya berdetup jatuh macam buah kelapa jatuh atas kepala. Memang takut sangat-sangat kalau itu yang terjadi. Beberapa emel yang dihantar sebelum ini tidak dijawab dengan baik dan dirasakan jawapannya sekadar melepas batuk ditangga. Bila dihubungi melalui telefon beberapa minggu yang lalu, jawapan tetap sama “…jadi memang jadi hanya tunggu ja pihak atasan keluarkan kelulusan…” Hati memang dah tak sabar lebih-lebih lagi bila orang tua asyik tanya ja. Kesian kat orang tua dan tak mau lah menyesal di kemudian hari.

Apa yang ditunggu ni amatlah penting untuk saya. Kerana, ini adalah langkah pertama yang saya ambil untuk mengaplikasikan perancangan yang telah dibuat. Jika langkah pertama masih tidak berjaya, langkah seterusnya turut tidak berganjak. Langkah kedua dan seterusnya akan bergerak seandainya langkah pertama berjaya dimulakan. Langkah pertama, saya mesti kembali bertugas ke Malaysia. Hari ini, saya telah menghantar lagi emel susulan untuk mendapatkan status permohonan samada jadi ke tak jadi. Semakin hari semakin saya tak faham kenapalah susah sangat nak pindahkan saya. Nak mintak balik Malaysia ja pun bukan saya mintak pergi ke bulan.

Dalam masa yang sama saya juga telah mulakan usaha mencari peluang kerjaya lain. Sejak 2014 lagi. Tapi kali ni lebih serius. Kalau tak dapat kerjaya lain ni saya tak kisah kerana saya masih ada kerja. Dapat berpindah ke Jabatan/Kementerian lain pun dah cukup bagus bagi saya. Paling penting, bila dah balik tu perancangan akan lebih mudah untuk direalisasikan. Bak kata pakar-pakar daripada pembacaan saya,

“…jika nak berjaya, kita mesti keluar dari zon sekarang dan berpindah ke tempat lain, mencari angin baru. Dengan berpindah ke tempat baru, suasana baru, kita akan dapat memulihkan semangat baru dan lebih bermotivasi serta menyerap caj-caj positif dalam diri dan minda kita. Faktor ini akan menjadikan kita lebih bersemangat dan bekerja lebih baik serta lebih mudah untuk mencapai kejayaan…”

Lebih kurang begitulah bunyinya. Saya amat mengharapkan agar permohonan saya diluluskan dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s