Jangan Pandai Berak Tapi Tak Pandai Buang tahi

... kita memang salah fokus atau malas dalam menjalankan bisnis ini

Terlebih dahulu saya nak minta maaf awal-awal kerana tajuk entry kali ni agak kasar dan mungkin tidak sesuai. Apa yang hendak disampaikan ialah apabila nak buat sesuatu mesti buat sampai habis. Fokus betul-betul dan habiskan kerja jangan sekali-kali campak kat orang lain. Apatah lagi perkara yang nak dibuat tu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri dan bila agak-agak dapat yang kita nak tu selebihnya campak kat orang. Tak ke tunggang langgang orang lain nak sambung kerja tu lebih-lebih lagi pada saat-saat akhir. Tak elok perangai tu jangan buatlah. Nanti orang sumpah seranah lambat-laun kita dapat bala atau malapetaka. Tak faham jugak? Sebab tu saya keluarkan ayat “jangan pandai berak tapi tak pandai buang taik!!!” “Marah nampak. Bukan marah, ini nasihat!!!” terkeluar pulak dialog filem P Ramlee – madu tiga.

Perumpamaan yang saya cuba ketengahkan mungkin agak kasar tetapi mungkin cara tu je kot nak bagi cepat faham. Bukan takda ayat-ayat lain yang lebih elok tetapi manusia ni kalu kena smash lagi cepat faham daripada dinasihat secara diplomasi agaknya. Apa yang hendak saya sampaikan ialah dalam melakukan sesuatu elemen utama yang wajib ada ialah fokus. Jika kita sering fokus dengan apa yang kita usahakan Insyaallah semuanya akan jadi lebih mudah dan kita tidak akan mudah menyalahkan orang lain apabila perkara yang dilakukan itu terdapat halangan dan cabaran. Sekiranya sesuatu kerja itu sememangnya memerlukan bantuan orang lain, mereka itu perlu diajak bersama-sama daripada peringkat paling awal. Takda apa yang hendak disembunyikan atau ditakutkan sekiranya perkara tersebut adalah untuk kebaikan. Melakukan sesuatu secara berkumpulan itu lebih baik dan menguntungkan berbanding melakukannya seorang diri.

Masalah yang sering berlaku ialah, ada dikalangan manusia ni suka buat sesuatu seorang diri lebih-lebih jika perkara itu boleh memberikan kredit atau keuntungan peribadi dari segi nama, pangkat, duit, kuasa dan seumpamanya. Malangnya, ramai manusia sebegini kebiasaannya berperangai buat kerja separuh jalan. Selebihnya atau sipi-sipi akan dicampak kat orang lain lebih-lebih apabila yang dia nak tu dah dapat lebih awal. Perkara sebegini memang berlaku di mana-mana tempat dan ketika terutamanya dalam pejabat sektor kerajaan. Minta maaf jika pendapat saya tidak tepat tetapi itulah yang sering saya nampak dan pernah hadapi sebagai seorang kuli sektor awam. Di Setiap peringkat jawatan, mesti ada manusia berperangai buruk seperti ini. Taklah semua tapi boleh dikatakan ramai yang begitu.

Nak bagi lebih mudah faham, apa perasaan kita apabila seseorang minta tolong bersihkan tahi dia. contohnya dia kata “tolong cuci dan buang taik aku, tadi aku berak kat sana. Aku dah masukkan dalam plastik, mintak tolong buang ja. Aku tak tau kat mana tempat berak yang lengkap dengan lubang dan tong taik, tolong ya”. Tak marah ke kita bila berhadapan dengan manusia seperti ini. Begitu jugalah orang lain akan marah dan sumpah seranah kita jika buat perkara yang sama pada mereka. Kenapa manusia ni tak tanya kita dari awal lagi kat mana nak cari tandas yang serba lengkap dan selesa. Kalau manusia tu tanya dari awal lagi mungkin kita boleh bantu dan dia boleh fokus dengan projek memberak tu dengan selesa dan boleh selesai dengan baik tanpa menyusahkan orang lain. Faham ke tak faham? Faham tak apa yang nak saya jelaskan ni. Harap-harap fahamlah ya kerana saya yakin semua kita pernah menghadapi perkara sebegini mungkin cara dan tempat saja berbeza. Itulah akibatnya apabila kita tidak fokus. Kalau tak fokus kita tidak mampu merancang dengan baik dan tak dapat menggunakan segala kemudahan sekeliling dengan berkesan. Inilah yang menyebabkan diri kita sering kucar-kacir dan apa yang dilakukan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Oleh itu, apa saja yang ingin kita buat fokus mestilah diletakkan sebagai perkara utama. Jangan hanya suka syok sendiri dan sering berada di awang awangan. Silap-silap jatuh tergolek kita juga yang susah bukan orang lain. Ingatlah, jangan suka melepaskan kerja pada orang lain terutamanya pada saat-saat akhir kerana akan menyusahkan mereka. Jika rasa tidak pandai atau tidak mampu, mintak pertolongan orang lain dari awal lagi dan uruskan secara baik dan bijaksana. Janganlah ada sikap sombong, bongkak dan bodoh sombong dalam diri kita kerana tidak bermanfaat sedikit pun pada kita. Jangan sekali-sekali fokus untuk mendapatkan nama, minta dipuji, mintak disanjung, mengharapkan pangkat dan mahu sentiasa kelihatan hebat semata-mata namun dalam masa yang sama kita menyusahkan orang lain. Bila orang lain marahkan kita atas sebab kebodohan kita sendiri, maka kita akan berada jauh daripada keberkatan. Apabila tiadanya keberkatan dalam hidup, kita akan selalu rasa susah dan sentiasa berada dalam keadaan tidak keruan atau sering berasa negatif pada orang lain.

Jadilah insan yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain kerana itu lebih baik dan disukai insan lain serta merupakan tuntutan agama. Semakin banyak kebaikan kita beri pada orang lain Insyaallah kita akan mendapat lebih banyak kebaikan daripada Allah SWT. Fokus pada mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Dengan adanya keberkataan dan keredhaan segala apa yang kita impikan tidak kira nama, pangkat, darjat dan sebagainya akan hadir dengan sendirinya tanpa perlu menyusahkan orang lain. Malahan orang-orang sekeliling kita akan terus mendoakan kebaikan ke atas diri kita. Itu lebih baik daripada orang mendoakan keburukan ke atas diri kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s