Dah Lama Nak Berniaga Tapi…

Kebanyakan orang mesti ada terfikir “dah lama nak berniaga tapi…”. Niat, impian, matlamat dan gerak hati tu dah ada malangnya ada perkataan “tapi’. Saya sendiri pun begitu dan rakan-rakan rapat pun begitu. Kenapalah susah sangat nak padamkan perkataan “tapi” dalam minda kita.

bawah ni beza orang yang berjaya dengan yang tak berjaya bezanya

Sebenarnya, saya telah memasang niat untuk bertukar kerjaya (makan gaji di tempat/bidang lain) sebagai perancangan jangkamasa pendek dan merancang untuk berniaga/berhenti makan gaji dalam perancangan jangkamasa panjang sejak tahun 2010. Pada tahun 2011, saya mengorak langkah pertama dengan kembali bertugas semula di Malaysia dengan harapan untuk terus mengorak langkah yang kedua. Malangnya, perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan atas komitmen kerja, suasana masa itu, proses untuk bertukar agensi perlu mematuhi prosedur yang salah satunya ialah sokongan Ketua Jabatan saya. Dalam tempoh 2011-2013, ruang yang nak saya lalui agak cerah dan terbuka luas malahan saya dah mula nampak apa yang boleh saya lakukan. Jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh tidak mustahil sekarang ni saya dah berhenti makan gaji. Namun ianya gagal. Bukan sahaja faktor halangan prosedur kerja makan gaji dengan kerajaan pulak tu yang membantut impian tetapi mentaliti saya juga merupakan faktor utama menyebabkan perancangan terbantut. Akhirnya pada 2013, saya telah diarahkan bertugas semula ke luar negara. Sebagai “kuli” nak tak nak saya kena akur akan arahan tersebut secara positif dengan mengganggap ini rezeki isteri dan anak-anak. Saya juga mengharapkan agar mendapatkan sesuatu yang terbaik dan jauh lebih baik dari sebelum ini.

Pada awal tahun 2015, saya mula berkira-kira bahawa jika saya tidak bertindak sekarang impian serta matlamat akan lambat dilaksanakan. Justeru itu, saya merangka perancangan 10 tahun yang fasa pertama ialah untuk tempoh 5 tahun pertama 2016-2020 dan fasa kedua pada 2021-2025. Saya mula mengaktifkan semula amalan membaca buku dan majalan (perancangan/pengurusan kewangan, motivasi, hartanah, emas dan seumpamanya). Saya juga aktif mencari sumber-sumber maklumat melalui internet dengan melawati seberapa banyak laman web sehinggalah saya terpikat dengan laman web mohdzulkifli.com dan hidupringkas.com yang saya rasa sesuai serta mudah untuk saya fahami. Dalam masa yang sama saya lawati berbagai-bagai laman web demi untuk menambah pengetahuan. Pada awal tahun 2014 ditengah-tengah salji yang lebat, saya bersama seorang rakan telah menghargai seminar anjuran rich dad poor dad association di Ottawa Kanada. Tidak ketinggalan juga saya banyak bertanya dengan rakan-rakan yang jauh berpengalaman dalam pelbagai bidang mereka tidak kira usia dan latar belakang mereka. Macam-macam perkara saya belajar dan minda saya makin terbuka serta hati semakin yakin bahawa rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

Apabila berborak dengan kawan-kawan rapat sama ada mereka di Malaysia atau di Kanda, apabila menyentuh soal berniaga dan perancangan masa depan ayat “dah lama nak berniaga tapi” mesti timbul. Tapi saya tegaskan dalam hati bahawa untuk lari dari ayat tersebut saya mesti ikut saranan para pakar. Antaranya ialah:

i. Ubah Cara Berfikir – Cara berfikir atau mentaliti mesti berubah daripada biasa-biasa kepada luar biasa. Mesti berfikir lebih jauh kehadapan dan latih minda untuk melihat dunia, ruang serta peluang dengan lebih luas. Besarkan perspektif dan jika berfikir untuk menjadi kaya, bebas hutang kita mesti mengasahkan fikiran agar melihat kekayaan itu secara positif. Membebaskan diri daripada hutang itu positif. Hidup lebih mewah dan bahagian itu juga perlu dilihat secara positif. Jangan sempitkan minda kita dengan persoalan-persoalan dan jangkaan-jangkaan negatif.

ii. Keluar dari zon selesa – Jika kita masih ingin berada dalam keadaan sekarang dan rasa cukup selamat maka kita akan terus terperangkap dengan perkataan “tapi”. Saya sedangan berusaha untuk keluar dari zon selesa. Sudah mula mengurangkan kos hidup yang mulanya agak kurang selesa setelah terlalu selesa selama ini dan sekarang saya rasakan sudah mula menyukainya. Kerana telah nampak faedahnya. Untuk keluar dari zon selesa ini juga, saya mencabar diri untuk mencari pekerjaan lain terutamana sektor berlainan dari kerajaan dan fokus kepada kerja yang saya benar-benar minat. Saya letakkan matlamat bahawa kerja itu nanti mesti berguna apabila saya berhenti makan gaji. Walaupun agar mencabar keputusan ini namun saya tetap yakin bahawa rezeki Allah SWT itu cukup luas dan jika kita yakin Insyaallah Allah SWT akan memberikan segala kebaikan dan memberkati hidup kita.

iii. Tulis Impian/perancangan dan baca setiap hari – Setelah mempraktikkan saranan pakar ini, saya berasa lebih yakin dan sentiasa bersemangat. Saya semakin yakin bahawa rezeki Allah SWT sememangnya luas. Saya terus yakin bahawa masa yang ada lebih daripada mencukupi. Walhal sebelum ini, sering merasakan masa tidak pernah cukup. Memang ajaib dan ini juga kerana kekuasaan Allah SWT. Makinlah saya menyakini bahawa jika hendakkan sesuatu dan sentiasa berusaha ke aras itu Insyaallah kita akan dapat mencapainya. Tidak kira awal dan lewat sedikit yang penting kita dah ada impian dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian tersebut.

iv. Ubah kawan – Bukan bermaksud membuang kawan-kawan baik yang sedia ada. Tetapi mencari rakan-rakan yang mentaliti dan matlamatnya sama dengan untuk sokongan moral dan belajar daripada mereka. Jika kita berkawan dengan dengan penjual minyak wangi sedikit sebanyak kita juga akan berbau wangi. Jika berkawan dengan tukang besi sedikit sebanyak badan kita juga akan berbau busuk besi tu. Itu lah maksudnya ubah kawan atau cari kawan yang lebih baik berdasarkan kepada matlamat dan impian kita berbanding kawan sedia ada. Memang betul, kerana sejak mula berani memberi komen di blog-blog dan menghubungi rakan baru keyakinan diri semakin meningkat. Diri makin bermotivasi.

Banyak lagi namun cukup saya nyatakan 4 perkara tersebut. Saya yakin anda semua lebih arif daripada saya. Insyaallah akan saya kongsikan juga nanti di entry yang lain. Mengikut saranan para pakar juga, saya mengajak rakan-rakan saya untuk sama-sama memikirkan matlamat masing-masing dan saya kongsikan juga artikel dan buku-buku yang saya baca. Pelbagai reaksi yang diterima namun bagi saya tidak mengapa kerana itu hak masing-masing. Saya sudah berusaha sampaikan apa yang terbaik dan terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak. Sekurang-kurangnya saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

Buat masa ini, saya masih menunggu keputusan pihak atasan mengenai permohonan untuk kembali bertugas semula di Malaysia. Saya mengharapkan langkah pertama ini dapat berterusan dan tidak gagal sepertimana yang berlaku pada tahun 2011-2013. Terus bersyukur dengan apa yang ada. Segala usaha telah dibuat dan terus berdoa agar dipermudahkan oleh Allah SWT.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s