Belanja Pun Tak Lepas Bagaimana nak simpan emas

Setiap kali berjumpa dan bersembang dengan kawan-kawan, bila bercakap mengenai simpanan dan gaji, kata-kata yang sering timbul ialah “…belanja pun tak lepas bagaimana nak simpan emas…”

Saya pun tak tau nak jawab dan bagi nasihat pada mereka. Apa yang saya boleh kongsi ialah bagaimana menguruskan kewangan mengikut nasihat, pandangan, pendapat, tips dan saranan yang diberikan oleh pakar-pakar kewangan serta orang-orang yang berjaya. Alhamdulillah, setakat ini saya boleh dikatakan sedang berada dilandasan yang betul. Beberapa orang sahabat baik juga mengakui bahawa menyimpan emas memang kalis kebocoran wang. Setakat ni masih cukup duit untuk survive hingga hujung bulan. Walaupun pada mulanya mereka agak takut dan risau namun sebaik sahaja mulakan langkah pertama mereka terus berasa yakin dan menanamkan semangat untuk meneruskannya. Sampaikan ada seorang sahabat kata “…kenapalah tak bagi tau awal-awal. Kalaulah buat lebih awal mesti dah banyak wang tunai kita selamat bila ditukar kepada simpanan dalam bentuk emas. Cuba nak simpan cash memang payah mesti nak korek akhirnya habis juga duit…”

Walaupun perjalanan masih jauh untuk bebas hutang apatah lagi menjadi jutawan, sekurang-kurangnya saya telah bermula. Sahabat-sahabat baik saya juga telah bermula. Sebagaimana saranan pakar, bermula dengan langkah kecil dan perlahan-lahan, buat satu persatu, sabar, ubah cara berfikir, dekatkan diri dengan Allah SWT dan banyak muhasabah diri insyaallah, kita akan lebih yakin untuk melakukan sesuatu yang boleh membina semula kewangan dan pengurusan kewangan akan menjadi lebih baik. Tidak mustahil kita boleh hidup dalam bebas hutang dan ada sumber pendapatan/simpanan yang sentiasa mencukupi untuk hari ini serta hari tua kita nanti.

Saya bukan seorang pakar dan hanya berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan berdasarkan kepada sumber bacaan dan seminar yang pernah saya hadiri. Sering saya sarankan kepada kawan-kawan ialah untuk melawati laman web mohdzulkifli.com (penulis buku zero hutang). Saya sarankan juga kawan-kawan untuk mengunjungi laman web hidupringkas.com (tulisan shubhi). Buku-buku yang saya sarankan ialah rich dad poor dad (Robert Kiyosaki), We want you to be rich (robert kiyosaki & Donald trump), kemanakah wang anda (hijrah wealth), cukupkah wang anda (hijrah wealth) dan kalo di Kanada saya gemar baca buku tulisan David Bach. Di kanada juga saya suka menonton rancangan Dragon Dens, Shark Tank, Property Brothers dan Love it or list it. Ada banyak lagi tapi senarai tu adalah yang paling saya suka dan mudah difahami.

Seorang sahabat yang menjalankan perniagaan sendiri pernah cakap yang business dia masih baru dan agak perlahan. Memandangkan saya bukan seorang pakar, saya sarankan dia untuk menghadiri seminar atau program yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman yang amat terkenal di seluruh Malaysia. Seorang kawan sekampung (berniaga kek) memaklumkan bahawa sejak menghadiri program Dr. Azizan Osman, jualan keknya telah meningkat 20-30 peratus (%). Berdasarkan testimonial, ramai yang telah berjaya dan jadi jutawan. Sebab itu saya nasihatkan kawan saya ini untuk menghadiri program anjuran Dr. Azizan Osman. Oleh kerana saya bukan seorang pakar, saya hanya mampu memberikan nasihat dan cadangan mana yang dirasakan baik.

Sebenarnya, terlalu banyak jalan untuk kita belajar. Kalo nak percuma cari sahaja di google atau youtube. Jangan takut belanjakan duit untuk beli buku kerana ianya amat bermanfaat. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk bertindak dan berfikir. Bagi diri saya sendiri yang masih banyak hutang ni, buatlah sesuatu bermula sekarang, teruskan berusaha dan yakin dengan Allah SWT yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan Maha Agung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s