Kejayaan Yang Diperolehi dan Kegagalan Yang Dicari (Bahagian 2)

Alhamdulillah, dapat juga menulis lagi. Sebenarnya saya ni dah lama buat blog tapi blog lama saya dah tak aktif. Disebabkan rasa ingin berleter dan melepas geram saya buat blog baru yang usianya ta sampai 2 tahun lagi kot.

Baiklah, lanjutan daripada Bahagian 1 setelah bebas hutang (free debt) sepenuhnya pada tahun 2005, hidup saya cukup aman dan tenang. Gaji bersih yang dahulunya hanya tinggal tidak lebih RM300 sebulan dah penuh semula. Apa taknya, saya telah selesaikan secara tunai personal loan bank rakyat, bank pertanian dan loan kereta kancil. Betapa bahagianya saya pada waktu itu Allah SWT sahaja yang tau lebih-lebih lagi saya dapat membeli rumah pertama (kos rendah) dengan menggunakan loan kerajaan. Rumah tersebut saya telah sewakan sebaik sahaja siap pada tahun 2008 (potongan pinjaman pun bermula). Saya masih tidak berhutang kerana penyewa telah membantu saya membayar pinjaman. Pada tahun 2009, saya telah membeli sebuah apartment sebelum berangkat bertugas ke Lima, Peru.

Jatuh Ke Kancah Hutang Semula

Semuanya terjadi apabila saya kembali bertugas semula di Malaysia pada tahun 2011. Pada mulanya saya tinggal kuarters namun saya ingin merasa untuk tinggal di rumah sendiri. Takut kempunan kata orang. Pada tahun 2012, saya serahkan kuarters dan berpindah ke rumah sendiri. Pada waktu itulah bermula detik suram apabila keegoan diri, tiada ilmu, tidak mahu belajar dari orang lain (bodoh sombong), rasa diri tahu semua perkara, ingin tinggal di rumah yang lebih besar, malu dengan dengan kawan-kawan yang mana rumah mereka lebih besar dan serba mewah serta lebih baik daripada rumah saya.

Selepas berbincang dengan isteri, kami pun membuat keputusan untuk membeli rumah teres dua tingkat dengan bank loan. Namun, pelbagai pendapat yang didengar antaranya lebih baik buat full personal loan kerana lebih mudah dapat kelulusan berbanding buat pinjaman beli rumah. Dengan suasana personal loan pada waktu yang cukup rancak, dengan tiada ilmu dan ikut perasaan, saya dan isteri pun terus membuat personal loan masing-masing yang mengumpulkan wang tunai lebih kurang RM230,000.00 dan mencukupi kerana beberapa rumah teres di nilai atau dengkil (menghala ke Banting) masih ada yang berharga sekitar itu. Kami menemui sebuah rumah teres 2 tingkat di Dengkil yang masih baru dan memenuhi citarasa. Pemilik pada asalnya bersetuju untuk menjual pada harga RM230,000.00 dan duit memang cukup. Duit guaman kami fikir untuk gunakan tabungan yang ada. Namun beberapa hari selepas itu, pemilik rumah tersebut tidak jadi menjual kepada kami dan tiada apa yang boleh dilakukan kerana belum menandatangani apa-apa perjanjian dan baru sahaja persetujuan mulut.

Kemudian, kami menemui sebuah rumah di kawasan yang sama end lot. Woww lebih baik tapi berharga RM250,000.00 dan selepas membelek buku simpanan duit kami mencukupi untuk menampung duit personal loan. Tetapi semasa melihat rumah berkenaan, tuan rumah naikkan harga pulak sehingga RM280,000.00 alasannya dia salah bagi tau sebelum ni. Selepas proses tawar-menawar harga yang dipersetujui ialah RM270,000.00 namun duit kami tidak mencukupi dan terus membatalkan hasrat. Pada mulanya, duit personal loan tu dicadangkan untuk beli 1-2 buah apartment untuk disewa tetapi keegoan dan nafsu menguasai diri. Akhirnya kami gunakan duit tu untuk mengubahsuai dan mencantikkan apartment sedia ada dan pergi cuti-cuti makan angin. Nasib baik saya ada laburkan juga dalam saham, habiskan hutang ansuran kereta dan beli sedikit emas. Dipendekkan cerita, habislah duit personal loan tu semua.

Menanggung hutang akibat kebodohan sendiri

Bermula dari detik itu saya dan isteri telah menanggung hutang yang bukan sedikit. Pelbagai perniagaan sampingan kami cuba usahakan namun gagal begitu sahaja dan sering patah semangat. Penyesalan yang tidak terhingga dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Duit habis begitu sahaja dan menanggung hutang buat selamanya. Bayangkan kami terpaksa menanggung hutang untuk tempoh 20 tahun.

Bernafas Sedikit

Pada tahun 2013, saya telah diarahkan bertugas di Kanada. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya saya menolak kerana mahu berpindah kementerian dan mencari kerjaya yang baru, namun mungkin ini sudah ketentuan Allah SWT. Mungkin rezeki saya masih dengan majikan sekarang. Disebabkan hutang yang ditanggung, saya terpaksa memasukkan wang ke dalam akaun bank di Malaysia setiap yang digunakan untuk membayar hutang personal loan dan loan rumah. Pada mulanya agak sukar untuk sesuaikan diri kerana setelah ditolak duit untuk bayar hutang, baki yang tinggal untuk survive di Kanada ni cukup-cukup makan. Saya terpaksa mengawal perbelanjaan dengan ketat namun kami masih mampu bercuti tetapi sekadar ala kadar mengikut kemampuan diri. Saya tidaklah menyimpan seperti rakan-rakan yang lain. Namun, masih mampu senyum alhamdulillah.

Mengatur Langkah Semula

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit dan berusaha mencari ruang untuk membuat simpanan dari hasil membaca, melihat video, youtube orang-orang berjaya saya bertekad untuk menyimpan. Tak perlu banyak asalkan ada. Saya memang minat menyimpan emas dan saya juga pengedar Gold Silver Resources (GSR). Malahan, gold bar dan silver yang saya simpan dan bawa dari Malaysia telah saya gadaikan dan hasilnya saya gunakan untuk mengerjakan Umrah pada tahun 2014. Setelah itu, saya menjadi semakin tenang dan semakin bersemangat untuk mencari panduan bagaimana untuk menguruskan wang. Dari semangat itulah juga saya mengetahui scotiabank ada menjual gold bar dan silver bar serta maple leaf gold coin. Alhamdulillah saya dapat menyimpan sedikit demi sedikit dan masih sedikit tapi sekurang-kurangnya adalah juga simpanan berbanding sebelum ini. Caranya dengan membeli emas. Selama 2 tahun berada di sini saya berusaha menyimpan wang tunai tetapi simpanan tu tetap akan dikorek semula bila nak sampai hujung bulan.

Perancangan Mesti Diteruskan

Saya memasang tekad untuk meneruskan apa yang telah dilakukan. Hasilnya cukup positif namun perjalanan masih terlalu jauh. Walaupun mengetatkan perbelanjaan seketat-ketatnya, saya sekeluarga masih boleh shopping, makan-makan, beli apa yang kami suka terutamanya anak-anak. Kadang-kadang tu hairan, cukup juga duit hingga hujung bulan. Oleh itu, saya bertekad sepenuhnya untuk meneruskan segala yang telah dilakukan mengikut panduan, tunjuk ajar, tips dan saranan daripada pakar-pakar kewangan serta mengambil ikhtibar daripada cerita insan-insan yang berjaya bebas daripada hutang. Hidup mesti diteruskan dan tetapkan hati pada matlamat dan impian yang hendak dicapai iaitu bebas hutang dan bersara awal.

Sekarang saya sedar bahawa, jika saya mencari orang yang betul untuk belajar sebelum ini, mungkin saya tidak menanggung hutang begitu sahaja. Dengan mengikut panduan dan saranan pakar-pakar kewangan serta perniagaan, saya kini mampu kembali ke landasan yang betul. Namun, masih banyak yang perlu saya belajar. Saya perlu membaca, belajar dan terus belajar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s